...Dunia Khayalanku...

...Dunia Khayalanku...

Saturday, April 10, 2010

...Kisah Ikan dan Air ...

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Kata Ayah kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati.” Pada ketika itu juga, seekor ikan kecil muncul dari bawah permukaan air dan ingin mengetahui dimanakah air yang dikatakan oleh si bapa tadi.

Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hai, tahukah kamu dimana air? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati”. Kesemua ikan tersebut tidak mengetahui di mana air itu, si ikan kecil semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sepat yang sudah berpengalaman, kepada ikan sepat itu ikan kecil ini menanyakan hal tersebut, “Di manakah air?”, jawab ikan sepat, “Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita akan mati”. Apa erti cerita tersebut bagi kita. Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ia sedang menjalaninya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sehingga dia tidak menyedarinya. Kehidupan dan kebahagiaan ada di sekeliling kita dan sedang kita jalani, selagi kita mahu menghayatinya.

Walau apapun masalah yang datang melanda, walau besar ujian yang kita tempuhi, walau berat untuk kita hadapi, walau sukar untuk kita jalani, maka hadapi la semuanya dengan ketenangan dan kebahagian. Kerana hidup ini sentiasa ada manisnya, kadang-kadang pahit, selalunya suka, tiba-tiba menjadi duka. Oleh itu, hadapilah semuanya dengan senyuman! Moga tabah hadapi segala dugaan, rintangan dan cabaran untuk manjadi ‘Logam yang berharga”

No comments:

Post a Comment