...Dunia Khayalanku...

...Dunia Khayalanku...

Saturday, February 12, 2011

...Mengenal Kelemahan Lelaki -Oleh Dr.HM.Tuah...



Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.


Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan
adalah yang terbaik.


3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.


4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?


6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.


8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suamimembazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.


9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.


12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilandiri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tanggaterancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia danisteri mudah masuk syurga.


22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.


24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.


25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.


26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.


27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.


28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.


29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.


32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.


33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.


34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?


35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.


36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.


37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.


38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.


40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.


41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.


42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.


43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.


44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.


45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.


46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.


47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.


48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.


49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.


50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

...Cintai aku seikhlasnya...



Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!” . Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!! Siapa pun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.



Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta. Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Tuesday, January 25, 2011

...10 Sifat Calon Suami Yang Baik...



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

...10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami...


1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

...Aku hanya Wanita Biasa...



Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

BELAJAR KAWAL PERASAAN DARI LELAKI



1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.